DX

Sama-Sama Digital

Ringkasan

Bertujuan untuk membantu mereka yang terjejas akibat pandemic COVID-19, inisiatif ini termasuk peruntukan subsidi daripada Exabytes dan Ekuinas dalam usaha mereka menyediakan bantuan pendigitalan kepada PKS Bumiputera.

Objektif


Membolehkan PKS mendigitalkan atau mempercepatkan perkembangan perniagaan mereka di platform atas talian.


Membantu pendigitalan PKS untuk memastikan mereka mampu bertahan dan beroperasi sepanjang musim pandemik.

Matlamat

  • PKS akan dipersiapkan untuk menghadapi ekonomi digital.
  • Beban PKS akan didigitalkan dan kos tambahan dihapuskan.
  • PKS akan mengukuhkan kewujudan dalam dunia maya dan tidak ketinggalan dalam mengejar arus digital agar dapat menguasai pasaran yang lebih luas dan meningkatkan jualan/pendapatan.

PESERTA SASARAN

PKS Bumiputera

JANGKAMASA PROGRAM

Berakhir pada 31 Disember 2020

AGENSI TERLIBAT

KANDUNGAN PROGRAM

Menawarkan dua jenis bantuan perniagaan semua-dalam-1 kepada PKS pada kadar subsidi.

1.  Bantuan Edagang Semua-dalam-1

  • Ditujukan untuk PKS Bumiputera yang tiada kehadiran digital, dan program disertakan dengan kedai e-dagang, gerbang pembayaran, penghantaran, domain, e-mel, reka bentuk dan persediaan asas.

2. Bantuan Digital Semua-dalam-1

  • PKS yang wujud dalam talian sedia ada, yang berkeinginan untuk meluaskan capaian mereka.
  • Akan menerima rangkaian solusi seperti iklan Google & Facebook, Microsoft 365, Search Engine Optimisation (SEO), Pemasaran Emel, dan lain-lain bernilai sehingga RM10,000.
  • Berpeluang untuk bekerjasama dengan sembilan (9) rakan kongsi yang akan membantu PKS Bumiputera untuk mendekati pendigitalan.

KELAYAKAN

  • 51% pemegang ekuiti adalah warganegara Malaysia & tidak menghadapi sebarang masalah berbangkit.
  • Harus berdaftar sekurang-kurangnya 12 bulan di bawah undang-undang Malaysia.

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Pengesahan bertulis daripada rakan kongsi Sama-Sama Digital yang mengesahkan syarikat telah memenuhi kriteria kelayakan.

     

SEDIA UNTUK BERMULA?

Daftarkan minat anda sekarang dan mulakan perjalanan pendigitalan anda.

Hubungi Kami

Business Digital Adoption Division
Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut/sebarang pertanyaan, sila hubungi di [email protected] 
atau +60 12-435 7286  (Mohd Elmy Lee).

Syarikat / Perniagaan Saya

Akaun DX Saya

Pendaftaran Pengguna

Kata laluan mesti mengandungi huruf besar, nombor, simbol, dan melebihi 8 aksara.

Log Masuk Pengguna

Log Masuk Pengguna

KELEBIHAN SEBAGAI AHLI DX

Anda akan mendapat akses kepada Program, Insentif dan Teknologi Digital yang khusus untuk keperluan anda dengan mengisi borang profil syarikat / perniagaan anda seperti contoh di bawah. Pendaftaran adalah PERCUMA.

Sebelumnya
Seterusnya