DX

PeDAS

Satu Klik, Sejuta Peluang

Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS) merupakan satu inisitiaf MDEC yang dijalankan khas untuk menyelesaikan masalah IKS di luar bandar yang mempunyai kekurangan akses kepada pengetahuan dan panduan untuk mengembangkan perniagaan di platform e-dagang.

Perkhidmatan yang ditawarkan di pusat-pusat PeDAS termasuk memprofil perniagaan untuk membantu pengusaha IKS mikro memahami kebolehpasaran produk mereka, memberi khidmat strategi penjenamaan, memberi latihan dan bimbingan pemasaran digital di platform media sosial dan penggunaan e-dagang untuk meningkatkan produktiviti supaya lebih berdaya saing dalam dunia perniagaan lokal dan global, serta khidmat nasihat lain yang berkaitan seperti rancangan perniagaan, pendaftaran perniagaan, pelabelan dan pembungkusan, pensijilan dan penjenamaan dengan kerjasama daripada agensi tempatan dan rakan industri dalam memantapkan ekosistem IKS di luar bandar.

KOMPONEN PROGRAM PEDAS

Berikut adalah komponen penerapan e-dagang dan penambahbaikan perniagaan yang kini ditawarkan di dalam program PeDAS:

  1. Pendaftaran & profil perniagaan
  2. Kelas bersemuka / dalam talian mengenai pemasaran digital
  3. Kelas bersemuka / dalam talian mengenai suai tugas pasaran
  4. Sokongan di lokasi untuk profil produk dan dokumentasi
  5. Penjejakan & pemantauan prestasi penjualan selama 3 bulan
  6. Program latihan dan bimbingan peribadi selama 6 bulan (tertakluk kepada kelayakan)
  7. Pemadanan perniagaan dengan rakan strategik e-dagang terpilih

Komponen program disampaikan oleh para pengurus PeDAS, rakan-rakan strategik dan rangkaian pelatih bertauliah MDEC, yang memberikan sokongan berikut:

Pengurus PeDAS
Para pengurus pusat sedia ada dinilai, dilatih dan disahkan oleh MDEC untuk menguruskan pendaftaran dan profil peserta, menyampaikan latihan pemasaran digital serta memberi sokongan khidmat nasihat kepada peserta

Rakan Strategik & Vendor
Rakan strategik dan vendor menyediakan komponen latihan dan penambahbaikan perniagaan seperti suai tugas pasaran, pendaftaran dan pengurusan pasaran, strategi penjenamaan & pemasaran, alat dan perisian/aplikasi untuk para peserta. Ini disampaikan sama ada melalui latihan yang diberikan kepada pengurus melalui Training of Trainers (TOT) atau secara langsung kepada peserta. Semua latihan oleh rakan strategik dan vendor dipilih dan dipantau oleh MDEC.

Pelatih Bertauliah MDEC
Di bawah program eUsahawan, MDEC memiliki rangkaian pelatih yang luas di seluruh negara yang dinilai, dilatih dan disahkan oleh MDEC sebagai pelatih eUsahawan untuk menyampaikan program latihan keusahawanan digital eUsahawan. Pelatih terpilih dihantar untuk bertugas mengendali program PeDAS untuk menyampaikan latihan dan bimbingan peribadi kepada para peserta.

PUSAT PEDAS

Pada 2019, MDEC telah bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) untuk menawarkan perkhidmatan PeDAS di 10 Pusat Internet Desa sebagai Lokasi Sehenti untuk memberi peluang dan ruang kepada pengusaha IKS mikro untuk mengasah kemahiran dalam perniagaan di platform e-dagang.

Pada tahun ini , PeDAS akan diperluaskan lagi ke pusat-pusat komuniti tempatan sedia ada seperti Pusat Internet Desa (PID), Pusat Internet Malaysia (PI) dan Pusat Komuniti Desa (PKD). MDEC dan kementerian atau agensi yang bertanggungjawab untuk pusat-pusat tersebut bekerjasama untuk memilih dan mengaktifkan pusat-pusat yang sesuai berdasarkan kemudahan yang disediakan, kebolehcapaian, dan kemampuan operasi.

Hingga hari ini, terdapat 10 Pusat Internet Desa (PID) di seluruh negara yang beroperasi sebagai pusat PeDAS sejak 2019, iaitu:

  1. PID Balik Pulau, Penang
  2. PID Kuala Nerang, Kedah
  3. PID Kuala Kurau, Perak
  4. PID Tg Malim, Perak
  5. PID Sungai Koyan, Pahang
  6. PID Pagoh, Johor
  7. PID Sungai Mati, Johor
  8. PID Tg Kling, Melaka
  9. PID Beranang, Selangor
  10. PID Kota, Negeri Sembilan

Pusat-pusat ini diuruskan oleh Kementerian Komunikasi & Multimedia (KKMM) dan setiap pusat dikendalikan oleh 1 atau 2 pengurus. Para pengurus ini telah dilatih dan diperakui oleh MDEC untuk melakukan pendaftaran, profil dan latihan pemasaran, serta melibatkan diri dengan pengusaha tempatan untuk memberi sokongan berkaitan perniagaan dalam talian secara terus di lokasi.

Untuk tahun 2020, PeDAS akan diperluaskan ke lebih banyak PID di seluruh negara dan kemudahan kerajaan lain seperti Pusat Internet (PI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) serta Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Dianggarkan 100 pusat tambahan akan diaktifkan dengan sokongan kerajaan melalui pakej rangsangan Covid-19 yang diumumkan pada bulan Mac 2020.

Sehingga kini, sebanyak 32 Pusat telah diaktifkan dengan program PeDAS. Senarai pusat-pusat tersebut adalah seperti berikut: – 

  1. PID Simpang Empat, Perlis
  2. PID Kupang, Kedah
  3. PID Yan, Kedah
  4. PID Kuala Nerang, Kedah
  5. PID Tasek Gelugor, Penang
  6. PID Balik Pulau, Penang
  7. PID Parit, Perak
  8. PID Tg Malim, Perak
  9. PID Kuala Kurau, Perak
  10. PID Beranang, Selangor
  11. PID Rasa, Selangor
  12. PID Tanjung Sepat, Selangor
  13. PID Sungai Air Tawar, Selangor
  14. PID Sungai Pelek, Selangor
  15. PID Hulu Langat, Selangor
  16. PID Kota, Negeri Sembilan
  17. PID Tg Kling, Melaka
  18. PID Bandar Tenggara, Johor
  19. PID Labis, Johor
  20. PID Sg. Mati, Johor
  21. PID Pagoh, Johor
  22. PID Sungai Koyan, Pahang
  23. PID Bandar Tun Razak, Pahang
  24. PID Bukit Goh, Pahang
  25. PID Marang, Terengganu
  26. PID Kuala Besut, Terengganu
  27. PID Kuala Krai, Kelantan
  28. PID Kuala Balah, Kelantan
  29. PID Bau, Sarawak
  30. PID Mukah, Sarawak
  31. PID Kota Belud, Sabah
  32. PID Tenom, Sabah

PENDAFTARAN KE DALAM PEDAS

Usahawan dan PKS mikro boleh mengunjungi/membuat temu janji dengan pusat PeDAS terdekat untuk mendaftar. Sila bawa bersama:

  1. MyKad;
  2. Pendaftaran perniagaan syarikat (SSM), jika ada; dan
  3. Contoh produk / perincian perkhidmatan

Usahawan dan PKS mikro adalah tertakluk kepada kriteria berikut bagi kelayakan untuk mendaftar ke dalam program ini:

  1. Perniagaan milik warganegara Malaysia & beroperasi di dalam negara;
  2. Beroperasi di kawasan yang sama dengan pusat PeDAS;
  3. Mempunyai produk / perkhidmatan

Hubungi Kami

Business Digital Adoption Division
Pertanyaan

Emel: [email protected]
Telefon: 03 8315 3000

SEDIA UNTUK BERMULA?

Daftarkan minat anda sekarang dan mulakan perjalanan pendigitalan anda.

ms_MYBahasa Melayu
en_USEnglish ms_MYBahasa Melayu

KELEBIHAN SEBAGAI AHLI DX

Anda akan mendapat akses kepada Program, Insentif dan Teknologi Digital yang khusus untuk keperluan anda dengan mengisi borang profil syarikat / perniagaan anda seperti contoh di bawah. Pendaftaran adalah PERCUMA.

Sebelumnya
Seterusnya

Syarikat / Perniagaan Saya

Akaun DX Saya

Pendaftaran Pengguna

Kata laluan mesti mengandungi huruf besar, nombor, simbol, dan melebihi 8 aksara.

Log Masuk Pengguna

Log Masuk Pengguna