DX

Domain .MY Percuma

Membolehkan Digitasi

Nama domain .MY yang dilengkapi dengan GO2 Brand secara percuma untuk OKU membolehkan mereka membawa perniagaan ke dalam talian (online) dengan pantas tanpa memerlukan mereka mempunyai laman web. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menggalakkan keterangkuman dalam perjalanan ekonomi digital Malaysia.

Objektif

Meningkatkan kehadiran digital dengan mentransformasi perniagaan milik OKU dari cara tradisional ke dalam talian

Memberi peluang kepada golongan OKU untuk sama-sama terlibat dalam ekonomi digital Malaysia. 

Matlamat

Golongan OKU dapat membawa perniagaan mereka ke dalam talian tanpa perlu mempunyai laman web sendiri.

PESERTA SASARAN

Golongan OKU Warganegara Malaysia

JANGKAMASA PROGRAM

Sehingga 31 December 2020

AGENSI TERLIBAT

KANDUNGAN PROGRAM

  • MYNIC menawarkan golongan OKU nama domain .MY percuma yang dilengkapi GO2 Brand. GO2 Brand adalah aplikasi yang membolehkan nama domain dihubungkan terus kepada aplikasi sembang (WhatsApp, Telegram), platform media social (Facebook, Instagram, Twitter), aplikasi lokasi (Waze, Google Maps). Ini membolehkan OKU menggunakan nama domain walaupun belum mempunyai laman web.

  • Setiap nama domain boleh dihubungkan kepada 5 aplikasi berbeza,contoh: mesej.burgerbakar.my untuk WhatsApp, fb.burgerbakar.my (Facebook), ig.burgerbakar.my (Instagram), waze.burgerbakar.my (Waze), shop.burgerbakar.my (Shopee/Lazada)

KELAYAKAN

  • 18 tahun ke atas
  • Mempunyai perniagaan yang menggunakan salah satu daripada plaform berikut: Facebook / Instagram / Lazada / Shopee

PENDAFTARAN

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Salinan IC
  • Salinan kad OKU yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

SEDIA UNTUK BERMULA?

Daftarkan minat anda sekarang dan mulakan perjalanan pendigitalan anda.

Hubungi Kami

Business Digital Adoption Division
Pertanyaan

Emel: [email protected]
Telefon: 03 8315 3000

Syarikat / Perniagaan Saya

Akaun DX Saya

Pendaftaran Pengguna

Kata laluan mesti mengandungi huruf besar, nombor, simbol, dan melebihi 8 aksara.

Log Masuk Pengguna

Log Masuk Pengguna

KELEBIHAN SEBAGAI AHLI DX

Anda akan mendapat akses kepada Program, Insentif dan Teknologi Digital yang khusus untuk keperluan anda dengan mengisi borang profil syarikat / perniagaan anda seperti contoh di bawah. Pendaftaran adalah PERCUMA.

Sebelumnya
Seterusnya