DX

Pendekatan Ekonomi Digital Inklusif dalam Industri Agromakanan

eLadang adalah sebuah program yang menyasarkan untuk mempelopori penggunaan teknologi digital bagi melengkapkan pelbagai usaha-usaha & program oleh Kementerian dan Agensi untuk mengubah imej sektor pertanian untuk menjadi satu bidang penjanaan pendapatan yang menarik dan menguntungkan, terutama kepada generasi muda.

Penggunaan Teknologi Digital dan penerapan aplikasi dan perkhidmatan Ekonomi Digital dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan boleh memberikan manfaat seperti:

  • Penjimatan kos
  • Penjanaan pendapatan yang lebih tinggi
  • Pengeluaran hasil & kualiti yang lebih baik
  • Pengurangan kesan dan pencemaran alam sekitar

Bagaimanakah saya boleh menyertai program eLadang?

  • Sekiranya anda seorang petani (dalam bidang pertanian, penternakan atau perikanan) atau berminat untuk menjadi seorang petani moden, anda perlu memenuhi kriteria berikut untuk menjadi peserta program eLadang:
    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18 tahun ke atas
    3. Mempunyai pengetahuan asas dalam aktiviti pertanian / penternakan / perikanan
    4. Memiliki syarikat berdaftar SSM (Enterprise / Sdn Bhd)
    5. Mempunyai modal awal atau bersedia untuk membuat pinjaman
    6. Skala Operasi: 1 ekar ke atas

    Peserta eLadang akan diberi latihan secara “hands-on” mengenai cara-cara menggunakan teknologi pintar dan penyelesaian digital yang boleh digunakan dalam aktiviti pertanian, termasuk aktiviti-aktiviti di sepanjang rantaian nilai aktiviti pertanian; bimbingan daripada “mentor”; implikasi kos dan padanan dana yang tersedia untuk membantu pembelian teknologi pintar dan melanggan perkhidmatan digital yang sesuai.

    Pada masa ini, kami mempunyai empat (4) Makmal eLadang daripada yang merangkumi Sistem Fertigasi Pintar untuk Rock Melon di Teluk Mengkuang, Selangor; Sistem Fertigasi Pintar untuk Penanaman Cili di Sijangkang, Selangor, "Smart Misting for Hydroponic Low-Land Greenhouse" untuk Sayuran Berdaun di Kuching, Sarawak dan "Smart Aquaculture" untuk Penternakan Udang di Sg Nipah, Selangor.

    Sesi latihan dijalankan setiap bulan.

    Untuk mendaftarkan minat anda, sila e-mel kepada kami di [email protected]

  • Sekiranya anda adalah penyedia aplikasi teknologi pintar ATAU anda mempunyai tanah atau ruang kosong dan berminat untuk menjadi tapak projek untuk menguji teknologi pintar baru dengan MDEC; sila nantikan pengumuman “call-for-collaboration” daripada pihak MDEC. Dalam pengumuman ini, MDEC akan berkongsi “problem statement” daripada golongan sasar dan menjemput syarikat dan pengusaha ladang yang berminat untuk mengemukakan cadangan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi

Hubungi Kami

eLadang
Pertanyaan

Emel: [email protected]
Telefon: 03 8315 3000

ms_MYBahasa Melayu
en_USEnglish ms_MYBahasa Melayu

KELEBIHAN SEBAGAI AHLI DX

Anda akan mendapat akses kepada Program, Insentif dan Teknologi Digital yang khusus untuk keperluan anda dengan mengisi borang profil syarikat / perniagaan anda seperti contoh di bawah. Pendaftaran adalah PERCUMA.

Sebelumnya
Seterusnya

Syarikat / Perniagaan Saya

Akaun DX Saya

Pendaftaran Pengguna

Kata laluan mesti mengandungi huruf besar, nombor, simbol, dan melebihi 8 aksara.

Log Masuk Pengguna

Log Masuk Pengguna